Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Malaysia Catat Kes Baharu Tertinggi dengan 20,889 Kes

By 7 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Malaysia merekodkan 20,889 kes baharu jangkitan COVID-19 semalam, iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara pada tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di Twitternya, beliau berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini mencecah 1,224,595.

Beliau berkata Selangor kekal penyumbang utama kes dengan 8,792 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,483 kes, Kedah (1,371), Sabah (1,291), Johor (1,275) dan Negeri Sembilan (986).

Sementara itu, Kelantan melaporkan 938 kes, Pulau Pinang dengan 776 kes, Sarawak (652), Perak (624), Pahang (610), Melaka (491), Terengganu (460), Putrajaya (122), Labuan (9) dan Perlis (9).

Kelmarin, Malaysia merekodkan sebanyak 20,596 kes baharu wabak itu.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda