Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Masyarakat Diseru Menderma Darah dalam Norma Baharu

By 11 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haniza Harun (Melaka)/FB Melakabloodbank

MELAKA, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka mempergiatkan kempen menderma darah bagi mengumpul bekalan bukan sahaja untuk Negeri Melaka malah membantu negeri-negeri lain sekiranya diperlukan.

Menurut, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Perubatan Transfusi Noriah Abu Bakar, penganjuran kempen derma darah ini bagi mendapatkan bekalan untuk disalurkan kepada Pusat Darah Negara.

“Sepertimana kita tahu, peningkatan kes COVID-19 diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan seterusnya darurat telah menjejaskan program bekalan darah dan antara faktor penurunan ini adalah kebimbangan masyarakat dan penderma terhadap keselamatan sepanjang proses menderma serta pembatalan kempen derma darah oleh penganjur.

“Kami menyeru kepada semua Adiwira Darah terus menderma darah dengan norma baharu kerana pembekalan darah kepada pesakit tidak boleh dihentikan sama sekali walaupun dalam situasi pandemik COVID-19,” ujar Noriah ketika ditemui di Hospital Melaka, di sini semalam.

Menurut Noriah, situasi bekalan darah semakin berkurangan ketika negara menghadapi cabaran pandemik COVID-19 yang menyebabkan jumlah penderma darah berkurangan.

“Beberapa tindakan drastik perlu dilakukan segera bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan yang hampir ke paras kritikal,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda