Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Muhyiddin Ucap Tahniah, Beri Sokongan Penuh kepada Ismail Sabri

By 22 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Facebook Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA, 22 Ogos (Malaysiaaktif) – Bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada penggantinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kesembilan semalam.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata beliau memberi sokongan penuh kepada Ismail Sabri dalam mengemudi negara.

“Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan InshaAllah akan terus membantu kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat khususnya dalam tempoh pemulihan negara.

“Saya mendoakan semoga Datuk Seri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan,” katanya dalam catatan di laman Facebook semalam.

Muhyiddin berkata beliau menerima kunjungan Ismail Sabri di kediamannya petang semalam serta memuat naik beberapa keping gambar pertemuan itu.

Ismail Sabri menggantikan Muhyiddin yang meletakkan jawatan perdana menteri pada 16 Ogos lalu selepas hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda