Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pasar Raya Anjur Kempen Derma Darah Semarakkan Bulan Kebangsaan

By 23 Ogos 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan/Mohd Radzi Sayoti (Segamat)

SEGAMAT, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebuah pasar raya di Taman Yayasan menganjurkan Kempen Derma Darah bagi meningkatkan semangat patriotisme dikalangan kakitangan dan menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dalam suasana norma baharu.

Menurut Pengurusnya Kanan Narayanan, program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang diadakan bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan kakitangan serta para pelanggan yang hadir.

“Pada tahun-tahun sebelum ini, pelbagai pengisian diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan diantaranya pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta, promosi jualan dan sebagainya.

Pihak KPDNHEP turut terlibat dalam menjayakan Program Food Bank.

Pihak KPDNHEP turut terlibat dalam menjayakan program bank makanan.

“Namun pada tahun ini berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di daerah ini, kami mengambil pendekatan yang bersesuaian mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya ketika ditemui pada Program Kempen Derma Darah dan Sambutan Hari Kebangsaan di Pasar Raya Bilion, di sini semalam.

Tambah beliau, aktiviti menderma darah yang merupakan kerjasama dengan Pusat Tabung Darah, Hospital Segamat, Program bank makanan dan Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Daerah Segamat.

“Kebanyakan pelanggan yang mengunjungi pasar raya ini memberikan kerjasama yang baik dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan semuanya dalam keadaan terkawal tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Pengurus Pasar Raya Bilion Taman Yayasan telah melakukan gimik perasmian program dengan meletakkan bendera pada kenderaan Pejabat Penerangan Daerah Segamat.

Kanan melakukan gimik perasmian program dengan meletakkan bendera pada kenderaan Pejabat Penerangan Daerah Segamat.

“Pihak kami juga turut menyediakan bank makanan untuk golongan yang terjejas bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup yang mana ia secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat,” jelasnya.

Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Segamat yang turut membantu dalam membuat hebahan berkenaan kawalan kendiri, COVID-19 serta memainkan lagu-lagu Patriotik bagi menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kebangsaan.

Salah seorang kakitangan pasar raya tersebut Lee Sheh Hoon, 42, berkata penglibatan dari jabatan-jabatan kerajaan khususnya Pejabat Penerangan Daerah Segamat adalah sangat membantu dalam memudahkan serta melancarkan lagi perjalanan program ini.

“Walaupun pada tahun ini sambutan kurang meriah berikutan peningkatan kes COVID-19, namun ia tetap diadakan bagi memeriahkan lagi bulan kebangsaan dalam norma baharu.

“Sebagai rakyat, semangat cinta akan negara dan menghargai keamanan serta kemakmuran yang dikecapi selama ini harus terus dipelihara walau dalam apa jua keadaan yang dihadapi,” katanya.

Tambahnya, walaupun pada ketika ini kita menjalani kehidupan dalam suasana norma baharu pemasangan Jalur Gemilang di setiap premis dan kediaman adalah wajib bagi menzahirkan lagi rasa cinta pada negara.

-NI-

Tinggalkan komen anda