Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pemangku Raja Pahang Berkenan Rasmi Persidangan Speaker Parlimen dan DUN Seluruh Malaysia

By 10 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Kuantan) 

KUANTAN, 10 Ogos (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seluruh Malaysia Tahun 2021 yang dilaksanakan secara dalam talian.

Baginda bertitah, matlamat dan hasil pada penghujung persidangan akan berjaya memberi impak kepada bentuk pengurusan pentadbiran Parlimen dan DUN supaya kekal relevan dalam pembangunan negara.

“Selain itu, ia juga merupakan platform untuk semua Yang di-Pertua berkongsi ilmu selain sebagai medium bagi proses semak dan imbang pengurusan pentadbiran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,” titah baginda ketika merasmikan Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seluruh Malaysia 2021 di Wisma Sri Pahang, di sini semalam.

Baginda bertitah agar Institusi Raja Di Malaysia hendaklah dihormati oleh semua pihak dan dipelihara serta dikekalkan sebagai satu kuasa semak dan imbang terakhir untuk rakyat dan negara setelah institusi lain seperti Parlimen dan mahkamah tidak berjaya.

Baginda bertitah agar Institusi Raja Di Malaysia hendaklah dihormati oleh semua pihak dan dipelihara serta dikekalkan sebagai satu kuasa semak dan imbang terakhir untuk rakyat dan negara setelah institusi lain seperti Parlimen dan mahkamah tidak berjaya.

Tengku Hassanal bertitah, persidangan ini juga dilaksanakan bagi memperkasakan peranan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dalam mengukuhkan amalan demokrasi negara.

“Suka saya menasihatkan kepada semua Yang di-Pertua, jalankan amanah dan tugas dengan baik dan adil tanpa sikap berat sebelah.

“Yang di-Pertua mempunyai peranan penting bagi memastikan perdebatan badan legislatif berjalan dengan tertib, sopan dan teratur, seperti Peraturan Majlis Mesyuarat yang telah ditetapkan,” titah baginda.

Baginda bertitah, kuasa Raja Pemerintah khususnya dalam cabang legislatif, adalah signifikan dalam mempengaruhi dan mengawal kuasa sebagai salah satu organ di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

“Sistem demokrasi berparlimen di negara ini yang berpandu kepada model Westminster juga, masih boleh melihat perkenan Diraja yang juga diamalkan di Parlimen United Kingdom.

“Institusi Raja di Malaysia hendaklah dihormati oleh semua pihak dan dipelihara serta dikekalkan sebagai satu kuasa semak dan imbang terakhir untuk rakyat dan negara setelah institusi lain seperti Parlimen dan mahkamah tidak berjaya,” titah baginda pada persidangan tersebut.

Persidangan ini turut dihadiri, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dan Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang Datuk Seri Ishak Muhammad.

-AH-

Tinggalkan komen anda