Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Pembiayaan TUNS Memperkasa Usahawan Mikro Negeri Sembilan

By 3 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)/Pejabat Menteri Besar 

SEREMBAN, 3 Ogos (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri meneruskan inisiatif pembiayaan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) bagi membantu usahawan mikro anak Negeri Sembilan dengan geran bantuan sebanyak sehingga maksima RM3,000.

Menteri Besar Aminuddin Harun, menerusi satu kenyataan rasmi berkata pembukaan permohonan TUNS pada bulan Ogos 2021 ini dijangka memberi peluang kepada 600 usahawan mikro yang membabitkan peruntukan sekitar RM1.8 juta.

“Inisiatif ini bermula pada tahun 2019 di mana sebanyak RM3 juta diperuntukan telah memberi manafaat kepada 1,046 usahawan dan untuk tahun 2020, jumlah geran dana telah dipertingkatkan kepada RM6 juta yang memberi manfaat kepada 2,023 usahawan.

“Bagi tahun 2021, keseluruhan sebanyak RM6 juta dana geran diperuntukan untuk bantuan kepada usahawan mikro dimana RM3 juta diperuntukan kepada TUNS yang memberi faedah kepada 1,000 usahawan mikro dan tambahan 200 usahawan mikro lagi akan dibantu dibawah skim yang baharu diperkenalkan iaitu TUNS Plus dengan jumlah dana peruntukan sebanyak RM3 juta,” ujarnya menerusi kenyataan di Facebook, baru-baru ini.

Menurut Aminuddin, diharapkan para pemohon memahami sepenuhnya prosedur permohonan dan melengkapi maklumat serta melampirkan kesemua dokumen yang dikehendaki.

“TUNS dibuka semula untuk permohonan baharu pada 1 Ogos bermula 9.00 pagi dan akan berakhir pada 5.00 petang 30 Ogos nanti,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda