Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

[KEMAS KINI] PPV Dewan D’Sury Jelebu Lengkap Sasaran MySejahtera

By 31 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)

JELEBU, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Suasana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan D’Sury Jelebu kelihatan tenang pada pagi semalam.

Menurut Pegawai Kesihatan dari Klinik Kesihatan Jelebu Mohd Fakrulrazi, penduduk yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera kesemuanya telah menerima vaksin lengkap kerana itu suasana di sini kelihatan tenang.

“Kami mewujudkan pasukan bergerak iaitu salah satu inisiatif program khidmat bantuan dalam memastikan tiada yang tercicir menerima vaksin kerana masih ada yang belum mendaftar atau tiada kemudahan untuk mengunakan aplikasi MySejahtera.

Antara petugas di PPV D'Sury.

Antara petugas di PPV D’Sury.

“Kami juga cuba mengenal pasti kawasan yang penduduknya sukar untuk keluar dan akan kesana untuk datang dan memberikan vaksin serta selang tiga minggu kami akan datang semula untuk memberikan suntikan dos yang kedua pula,” katanya ketika ditemui di PPV tersebut, di sini semalam.

Tambah beliau, mereka juga mengumpulkan senarai penerima dos kedua yang tidak dapat hadir untuk suntikan dos kedua supaya dapat menjadualkan semula janji temu mereka dan suntikan akan diberi di kawasan mereka dan inilah peranan pasukan bergerak yang ditubuhkan mereka.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Jelebu Abd Halim Jumat, beliau dimaklumkan oleh Pegawai Kesihatan Daerah bahawa masih terdapat penduduk di sini yang belum menerima vaksin COVID-19.

Agihan Bendera dan bungkusan makanan kepada penerima vaksin.

Agihan Bendera dan bungkusan makanan kepada penerima vaksin.

“Kami diminta oleh Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu untuk membuat hebahan di setiap kawasan untuk menyebar maklumat yang masih terdapat 6,000 orang penduduk Jelebu yang masih lagi belum mendapatkan vaksin.

“Justeru, selama tujuh hari berturut-turut kami membuat hebahan meminta mereka yang belum mengambil vaksin segera hadir secara tanpa janji temu ke PPV berhampiran,” katanya.

Sidu Bong ditemui ketika sedang menunggu rakan sekampung mengambil vaksin.

Sidu Bong ditemui ketika sedang menunggu rakan sekampung mengambil vaksin.

Menurut guru tadika dari Kampung Orang Asli Putra, Sidu Bong, beliau dapat tahu tentang boleh hadir secara tanpa janji temu untuk mendapatkan vaksin melalui hebahan oleh Jabatan Penerangan yang masuk ke kawasan kampung mereka.

“Hari ini saya bawa dua orang kampung saya untuk divaksin kerana mereka tiada kemudahan telefon bimbit mahupun kemudahan pengangkutan,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda