Skip to main content
MA

Pendidik Penyuluh Jiwa Merdeka Anak Bangsa

By 19 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kartini Abdul Aziz (Batang Padang)

TAPAH, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Biar di bandar atau di ceruk desa, susuk tubuh yang bergelar guru tidak pernah kenal erti lelah bagi memastikan anak bangsa terus dilimpahi ilmu dan menjadi insan berguna.

Pegawai Penerangan Daerah Batang Padang Juhannis Idris, berkata pentingnya tugas yang dipikul oleh seorang pendidik dalam membangkitkan semangat cinta negara dalam kalangan anak bangsa tanpa mengira kaum dan agama.

“Dalam mendepani cabaran semasa terutama kaedah pembelajaran atas talian berikutan pandemik COVID-19 yang telah memasuki tahun kedua melanda negara ini, warga pendidik perlu mempersiapkan diri serta cakna berkaitan arus medium pengajaran yang lebih dekat dengan generasi muda kini.

“Erti merdeka bukan sahaja bebas dari cengkaman penjajah malah membawa erti yang lebih besar iaitu pembebaskan diri dari zon selesa dan pengukuhan jati diri sesebuah negara bangsa,” katanya ketika ditemui di dataran Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang, di sini semalam.

Juhannis turut menyatakan penghargaan atas kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang dalam mempromosi program-program Jabatan Penerangan Malaysia bersempena Bulan Kebangsaan.

Simbolik penyerahan bendera daripada Juhannis (PPD Batang Padang) kepada Zailan (Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang).

Simbolik penyerahan bendera daripada Juhannis (PPD Batang Padang) kepada Zailan (Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang).

“Hal ini dapat dilihat melalui penyertaan warga pendidik dan pelajar dari Daerah Batang Padang menerusi Kuiz Kahoot Kemerdekaan secara atas talian anjuran Jabatan Penerangan Negeri Perak yang cukup memberangsangkan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Bahagian Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang Zailan Zainuddin, turut berkongsi keluh kesah warga pendidik yang bimbang akan tahap pemahaman para pelajar yang masih berusaha untuk menyesuaikan diri dengan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PDPR).

“Kekangan fasiliti pembelajaran yang dihadapi penjaga selain masalah jaringan talian internet yang lemah menjadi penghalang utama pelajar ini dalam mengikuti sesi pembelajaran seperti rakan-rakan yang lain dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang sentiasa mencari jalan agar kumpulan pelajar ini dapat dibantu dan tidak tercicir di belakang,” katanya.

Jalur Gemilang turut diedarkan secara pandu lalu kepada wakil sekolah.

Jalur Gemilang turut diedarkan secara pandu lalu kepada wakil sekolah.

~ RJ~

Tinggalkan komen anda