Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Penduduk PKPD Bandar Pulai Jaya Jadi Fokus Program Outreach Vaksinasi

By 9 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kalaimani Munian/Mohd Aliff Iman Mohd Zaim (Kampar)

IPOH, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Janji temu vaksinasi penduduk di Bandar Pulai Jaya terpaksa dijadualkan semula ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berkenaan yang dilaksanakan pada 26 Julai sehingga 5 0gos lalu.

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Kinta Dr. Asmah Zainal Abidin, seramai 1300 penduduk Bandar Pulai Jaya telah berdaftar dan setakat pagi tadi, seramai 700 orang hadir menerima suntikan mengikut slot waktu yang disusun dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

“Polisi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar kawasan yang baharu tamat tempoh PKPD terpilih untuk menerima vaksin bagi mengurangkan risiko jangkitan.

“Bagi merealisasikan usaha mempercepat kaedah pemberian vaksin kepada penduduk negeri ini, penduduk Bandar Pulai Jaya terpilih sebagai penerima vaksin untuk dos pertama dan menjadi penerima khas vaksin di dewan ini.

“Langkah ini bukan sahaja dapat mengekang penularan COVID-19 tetapi meningkatkan keyakinan rakyat atas tindakan pantas dan segera yang diambil oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui di Dewan Taman Bersatu Simpang Pulai, di sini hari ini.

Pegawai Kesihatan Daerah Kinta Dr. Asmah Zainal Abidin ketika ditemu ramah.

Pegawai Kesihatan Daerah Kinta Dr. Asmah Zainal Abidin ketika ditemu ramah.

Sementara itu, pelajar institut pengajian tinggi tempatan Mohd Jefri Abu Hasan, 20, berkata penjadualan vaksinasi kepada golongan belia agak sukar dan lambat namun hari ini dia berpeluang menerimanya.

“Syukur kerana selain menjadi perlindungan diri daripada wabak COVID-19, vaksin ini juga menjadi akses untuk melakukan kerja luar,” katanya.

Suri rumah, Fadzilah Ismail, 43, pula hadir bersama tiga ahli keluarga untuk mendapatkan suntikan vaksin hari ini.

“Semasa tempoh PKPD berlangsung, tarikh janji temu vaksinasi dibatalkan dan dijadualkan semula oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB),” katanya.

Rata-rata penduduk yang ditemui menyatakan rasa lega dan syukur selepas menerima vaksin dan pengalaman pelaksanaan PKPD di kawasan tempat tinggal memberi kesan serta mengajar mereka akibat kegagalan mematuhi SOP.

~RJ~

Tinggalkan komen anda