Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Penduduk Wangsa Maju Diseru Terus Kibarkan Jalur Gemilang

By 31 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Izzat Abd Rahman (WPKL)

KUALA LUMPUR, 31 Ogos
(Malaysiaaktif) – Penduduk di Parlimen Wangsa Maju diseru untuk terus mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang semangat patriotik dalam usaha menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Wangsa Maju Datuk Hamdan Mohd Yusof, berkata kibaran Jalur Gemilang menjadi antara elemen penting terutamanya dalam mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Rakyat di kawasan setempat khususnya Parlimen Wangsa Maju diseru untuk turut mengambil inisiatif mengibarkan Jalur Gemilang sebagai menghormati bulan kemerdekaan pada tahun ini.

Program Sepakat@Komuniti diadakan di Dewan Shazac Bistari, Wangsa Maju, Kuala Lumpur sempena Hari Kebangsaan ke-64.

Program Sepakat@Komuniti diadakan di Dewan Shazac Bistari, Wangsa Maju, Kuala Lumpur sempena Hari Kebangsaan ke-64.

“Walaupun disambut dalam keadaan norma baharu ekoran pandemik COVID-19, diharapkan dengan pemberian vaksinasi, kehidupan kita dapat kembali seperti sediakala,” katanya sempena Program Sepakat@Komuniti di Dewan Shazac Bistari, di sini hari ini.

Program Sepakat@Komuniti itu merupakan insiatif kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JaPen WPKLP) bersama MPP Zon Wangsa Maju sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64.

Program Sepakat@Komuniti anjuran JaPen WPKLP mendapat kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Wangsa Maju.

Program Sepakat@Komuniti anjuran JaPen WPKLP mendapat kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Wangsa Maju.

Terdahulu, program tersebut disempurnakan Pengarah JaPen WPKLP, Lim Ann Teck.

Pada program tersebut, seramai 20 orang yang terkesan akibat pandemik COVID-19 menerima bantuan bakul makanan dan sumbangan baucar barangan secara pandu lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda