Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Perak Laksana Konsep Gelembung Persidangan Dewan Negeri

By 23 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)

IPOH, 23 Ogos (Malaysiaaktif) – Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat, Dewan Negeri Yang Keempat Belas, Perak Daruk Ridzuan akan dilaksanakan dengan konsep Gelembung Persidangan Dewan Negeri yang mana julung kali seumpamanya diadakan di Malaysia.

Yang Dipertua Dewan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, memaklumkan bahawa persidangan ini akan berlangsung selama empat hari bermula 25 Ogos (Rabu) hingga 30 Ogos (Isnin) 2021.

“Pada persidangan pertama, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan untuk mencemar duli, berangkat ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat dan menzahirkan Titah DiRaja bersempena persidangan tersebut.

“Seperti kelazimannya, sesi soalan lisan akan berlangsung pada mesyuarat ini dan akan dijalankan pada Persidangan Kedua (26 Ogos 2021) hingga Persidangan Keempat (30 Ogos 2021) dalam tempoh satu jam untuk setiap sesi,” katanya.

Sejajar dengan pelaksanaan konsep gelembung tersebut, akses penstriman langsung akan menjadi medium utama bagi tujuan penyiaran sepanjang persidangan berlangsung.

“Pihak yang berkepentingan seperti ketua dan wakil jabatan atau agensi yang terlibat, media mahu pun orang awam boleh mengikuti penstriman langsung tersebut melalui saluran YouTube dan pautan penstriman langsung tersebut akan dipaparkan melalui portal dan facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan,” ulasnya.

~RJ~

Tinggalkan komen anda