Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pertembungan Idea Pendakwah Boleh Dirunding – Dr Zulkifli

By 2 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan/Norhaidah Md Esa (Port Dickson)

PORT DICKSON, 2 Ogos (Malaysiaaktif) – Mengislahkan ini adalah sesuatu yang mulia dan semua pendakwah memahami perkara tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara ini hendaklah dibekalkan dengan hati yang ikhlas, jiwa yang besar, semangat persahabatan dan mempertahankan ukhwah.

“Saya yakin perkara sekusut mana sekali pun akan dapat diselesaikan, justeru buanglah yang keruh, ambillah yang jernih,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 200 pengusaha kantin dan pekerja pembersihan secara pandu lalu di Masjid Haji Abdullah Sijang, Port Dickson anjuran Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), di sini kelmarin.

200 pengusaha kantin dan pekerja pembersihan menerima sumbangan berbentuk barang keperluan serta alatan pembersihan.

200 pengusaha kantin dan pekerja pembersihan menerima sumbangan berbentuk barang keperluan serta alatan pembersihan.

Tambahnya lagi, kita akan dapat merasai sebuah kedamaian, keselesaan dan memungkinkan kita jauh ke depan dalam memberikan bantuan, menyampaikan dakwah, menyatukan ummah serta memberikan sebuah sudut pandang yang baik.

Ketika ditanya mengenai keperluan membuka tanah perkuburan bagi mangsa COVID-19, Zulkifli berkata dapatan serta perbincangan diperlukan dan setakat ini tertumpu di Wilayah Persekutuan dahulu.

“Perkara ini dibincangkan bersama Majlis Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Agama Islam untuk melihat kedudukan isu ini sekurang-kurangnya dapat memberikan cara terbaik menguruskan mereka yang telah meninggal dunia akibat COVID-19,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut melahirkan kesyukuran dengan kolaborasi antara agensi dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan sehingga kini, lebih RM1 juta peruntukan dibelanjakan YADIM bagi tujuan tersebut tanpa mengira kaum, bangsa, tempat dan akan secara berterusan dilaksanakan.

-FF

Tinggalkan komen anda