
Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (LMS)
KAMUNTING, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebuah lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Perak mula beroperasi hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selama Mohd Akmal Kamarudin, berkata pembukaan PKRC kedua iaitu Kompleks Rakan Muda Larut Matang dan Selama (LMS) merupakan suatu inisiatif Kerajaan Negeri Perak dalam mengurangkan kepadatan di PKRC Stadium Indera Mulia, Ipoh.
“PKRC ini menyediakan 630 katil dan menyasarkan pesakit COVID-19 tahap satu dan dua dengan kemudahan seperti bantal, kotak penyimpanan barang serta fasiliti tandas dan surau selain televisyen skrin LCD dan pendingin hawa turut disediakan,” katanya ketika menyempurnakan perasmian pembukaan PKRC tersebut, di sini hari ini.
Mohd Akmal turut dibawa meninjau keadaan di PKRC sambil diberi taklimat operasi oleh Pengarah PKRC Kompleks Rakan Muda LMS Dr. Mohammad Miqdad Abdul Aziz.

Penerangan ringkas oleh Dr Mohammad Miqdad semasa Mohd Akmal meninjau kawasan PKRC Kompleks Rakan Muda LMS.
Turut hadir Pegawai Daerah LMS Mohamed Akmal Dahalan, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat dan Pengarah Hospital Taiping Dr Narimah Yusof.
~RJ~