Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahMA

PM Simpati Nasib Mangsa Kepala Air Gunung Jerai

By 24 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 24 Ogos ( Malaysiaktif ) – Fenomena kepala air Gunung Jerai pada 18 Ogos yang lalu turut mendapat simpati daripada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob yang turut turun padang melihat keadaan bencana dalam lawatan tugas khas beliau ke daerah sini semalam.

Beliau yang meluangkan masa hampir empat jam melihat sendiri kesan bencana banjir yang berpunca daripada fenomena kepala air yang melanda kawasan ini tempoh hari.

“Saya sedih dan bersimpati melihat keadaan 1,856 kediaman dan premis perniagaan yang musnah dan terjejas teruk akibat bencana alam ini dan berharap agar mangsa-mangsa bencana ini dapat bersabar dengan ujian ini.

“Keluarga yang terkesan akan menerima bantuan wang ihsan RM500 satu keluarga manakala bagi kes kematian, bantuan khas pengurusan kematian sebanyak RM5,000 seorang melalui Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) akan diperuntukkan dan bagi rumah yang terjejas, peruntukan juga disediakan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),” ujarnya ketika ditemui selepas sesi taklimat bencana itu di kampung terjejas, di sini.

Tragedi banjir kepala air Titi Hayun turut membawa bersama lumpur itu yang berlaku pada 18 Ogos lalu telah meragut enam nyawa dan turut menyebabkan kemusnahan harta benda .

Sementara itu, Nornazliyatul Aqilah, 26, balu kepada Mohamad Faizal Zohir 28, iaitu salah seorang mangsa yang terkorban berkata beliau amat berterima kasih atas sumbangan yang diberikan dan beliau turut meluahkan rasa terharu atas keprihatinan kerajaan atas nasib yang menimpa mangsa-mangsa bencana.

Nornazliyatul Aqilah, 26 menerima sumbangan daripada Perdana Menteri.

Nornazliyatul Aqilah, 26 menerima sumbangan daripada Perdana Menteri.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut, Menteri Besar Muhammad Sanusi Md. Nor, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Shaikh Mahmood Naim, serta Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail.

~RJ~

Tinggalkan komen anda