Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

PPV Dewan Bunga Tanjung Sahut Semangat Patriotisme

By 15 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

PAYA RUMPUT, 15 Ogos (Malaysiaaktif) – Semangat patriotisme menjadi tonggak perpaduan keluar daripada kemelut pandemik COVID-19 antara objektif utama kibaran Jalur Gemilang disekitar Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Bunga Tanjung di sini.

Penyelaras PPV tersebut Nur Sakinah Abd Razak, berkata seiring dengan bulan Ogos yang merupakan sambutan Hari Kebangsaan, petugas PPV mengambil inisiatif dengan memasang Jalur Gemilang di kawasan dewan bagi melahirkan semangat cinta akan tanah air.

“Pandemik COVID-19 menjadikan kehidupan manusia berubah sepenuhnya terutamanya dalam rutin harian namun semangat patriotisme yang terpahat sejak sekian lama dalam diri individu masing-masing tidak pernah hilang dalam tempoh pandemik yang melanda negara ini.

“Terima kasih Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Melaka atas kesudian bersama dalam menyemarakkan Hari Kebangsaan melalui edaran Jalur Gemilang kepada PPV Dewan Bunga Tanjung ini,” katanya ketika ditemui di PPV Dewan Bunga Tanjung, di sini semalam.

Penjawat Awam, Mohd Zahir Yusof.

Penjawat Awam, Mohd Zahir Yusof.

Penjawat Awam yang merupakan penerima dos kedua Vaksin, Mohd Zahir Yusof, 29, berkata kehadiran Japen Melaka di PPV hari ini dengan memainkan lagu Jalur Gemilang menambahkan semangat juang yang tinggi dalam meraikan Hari Kebangsaan yang bakal tiba kelak.

“Walaupun tiada sambutan bersempena Bulan Kemerdekaan seperti tahun lepas akibat COVID-19 namun menjadi kebiasaan sebagai rakyat Malaysia untuk bersama mengibarkan Jalur Gemilang meskipun pandemik ini menjadi halangan utama dalam meraikan bulan tersebut,” ujarnya.

-FF

Tinggalkan komen anda