Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Rumah Hampir Terbang Dibawa Ribut

By 4 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Erzufariza Zulkifly/Akma Laily Hamdan (Maran) 

MARAN, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Kira-kira enam buah rumah di Kampung Ulu Luit Maran rosak teruk apabila dihempas hujan lebat beserta angin kencang yang berlaku pada jam 6.30 petang, semalam.

Menurut Pegerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Othman Abd Rahman, kejadian bermula dengan hujan biasa sebelum ribut tiba-tiba melanda sehingga menyebabkan atap dan rumah mengalami kerosakan teruk.

“Mangsa-mangsa ribut telah menerima bantuan awal yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut keperluan mangsa.

“Kerja-kerja pembersihan bagi mengalihkan pokok-pokok tumbang juga telah dibuat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Maran,” katanya ketika ditemui di kawasan bencana di Kampung Ulu Luit Maran, di sini semalam.

Seorang mangsa ribut, Azami Abdul Aziz, 48, berkata hujan lebat dan ribut yang melanda menyebabkan semua atap zink di rumahnya terangkat dan berlakunya rekahan di dinding rumah akibat angin yang terlalu kencang.

“Hampir 12 tahun saya menetap di sini, ini merupakan kali pertama hujan turun dengan lebatnya beserta angin kencang melanda kawasan di kampung ini,” ujarnya.

-AH-

Tinggalkan komen anda