Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Sebanyak 22,642 Kes Baharu Dicatat

By 26 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Angka kes harian COVID-19 dalam negara tidak berganjak dari paras 20,000 apabila sebanyak 22,642 kes dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Facebook dan Twitter, Dr Noor Hisham berkata pertambahan kes menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di Malaysia kini 1,616,244.

Selangor masih mencatat jumlah kes paling tinggi dengan 6,325 kes, diikuti Sabah (3,224), Kedah (2,279), Johor (1,832), Sarawak (1,667), Pulau Pinang (1,427), Kelantan (1,424), Perak (1,390) dan Kuala Lumpur (1,128).

Negeri lain yang mencatat kes di bawah angka 1,000 adalah Terengganu dengan 744 kes, Pahang (522), Melaka 342, Negeri Sembilan (269), Perlis (44), Putrajaya (21) dan Labuan (empat).

Malaysia kembali mencatat kes baharu di paras 20,000 dengan 20,837 kes, kelmarin.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda