
Laporan/foto: Khairul Nazrie Mat Nayan/Norfatihah Abd Jamin (Kinta)
IPOH, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – The Bojen Car Wash & SPA Tambun menawarkan perkhidmatan cucian kenderaan secara percuma bersempena sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Kinta.
Pengurus Urusan syarikat tersebut Mohd Salorwadi Mohd Nor, berkata cucian secara percuma ini dilakukan bagi menghargai kemerdekaan negara ke-64 tahun.
“Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan daripada Pejabat Penerangan Daerah Kinta dan semoga usaha kita ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan kepada orang awam.
“Program ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pengunjung yang datang dan apa yang diperhatikan, mereka sangat bersemangat dalam menyambut Hari Hebangsaan dengan memasang Jalur Gemilang pada kenderaan masing-masing,” katanya ketika ditemui di premis cuciannya, di sini hari ini.
Turut berlangsung edaran Jalur Gemilang dan bahan penerbitan serta alunan lagu-lagu patriotik bagi menggelorakan Hari Kemerdekaan ke-64 tahun selain kehadiran sepuluh buah motosikal berkuasa tinggi yang turut memeriahkan lagi sambutan ini.
~RJ~