Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Terengganu Lancar Kempen Kibar Jalur Gemilang 2021

By 19 Ogos 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rusmiza Anuar (Kuala Terengganu)/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 19 Ogos (Malaysiaaktif)– Dalam usaha menyemarakkan semangat bulan kebangsaan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang 2021 Peringkat Negeri Terengganu.

“Kempen ini bertujuan menggelorakan lagi sambutan hari kebangsaan pada tahun ini yang dijalankan secara norma baharu susulan ancaman pandemik COVID-19,

“Walaupun pelancaran kempen Kibar Jalur Gemilang pada tahun ini tidak dapat diadakan seperti mana tahun-tahun sebelumnya kehangatan sambutannya masih tetap dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakat di negeri ini.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melekatkan bendera pada kenderaan secara pandu lalu.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melekatkan bendera pada kenderaan secara pandu lalu.

“Saya menyeru kepada semua agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta rakyat negeri ini untuk mengibarkan jalur gemilang di premis masing-masing dengan penuh rasa bangga kerana ia satu-satunya cara rakyat menzahirkan rasa cinta pada negara,” katanya yang ditemui di Wisma Darul Iman, di sini semalam.

Pada sambutan tersebut, beliau turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada pegawai-pegawai daerah secara pandu lalu dan melekatkan Jalur Gemilang pada kenderaan milik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyampaikan Jalur Gemilang secara pandu lalu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Samsuri (kanan) menyampaikan Jalur Gemilang secara pandu lalu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

-ii-

Tinggalkan komen anda