Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

YIDE Serah 200 Set Beg Jenazah untuk HTAR

By 27 Ogos 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/YIDE

KLANG, 27 Ogos (Malaysiaaktif) – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menyerahkan 200 set beg jenazah untuk kegunaan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Insiatif tersebut adalah kecaknaan YIDE terhadap situasi semasa rentetan kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan masih tinggi di Selangor.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE Profesor Dr Azreen Syazril Adnan, berkata sumbangan berkenaan melibatkan peruntukan berjumlah RM15,200.

“Sebelum ini, YIDE turut menyerahkan 4,000 set peralatan perlindungan diri (PPE) bernilai RM138,000 kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Ianya untuk kegunaan petugas-petugas pengebumian jenazah COVID-19 yang melaksanakan tugas fardu kifayah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Azreen menyerahkan sumbangan itu kepada wakil Jabatan Forensik HTAR Dr Nur Ayutimasery Abdullah, serta turut dihadiri Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisiti YIDE Md. Arifin Jaafar.

“YIDE mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang korporat, orang awam dan syarikat-syarikat swasta yang telah menyumbang bagi memastikan sumbangan kepada golongan sasar tercapai,” katanya.

Sementara itu, Dr Nur Ayutimasery turut mengucapkan terima kasih kepada YIDE atas sumbangan yang disalurkan kepada Jabatan Forensik.

-RI

Tinggalkan komen anda