Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

13,899 Kes Baharu

By 26 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Setelah mencatatkan kenaikan pada Jumaat, kes baharu COVID-19 di seluruh negara setakat 12 tengah hari semalam menunjukkan penurunan dengan 13,899 kes direkodkan.

Menerusi perkongsian di platform media sosialnya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menunjukkan penurunan kes sebanyak 655 berbanding 14,554 kes kelmarin.

“Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 2,185,131,” katanya.

Beliau berkata Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,712 disusuli Selangor (2,341), Johor (1,377), Kelantan (1,170), Perak (1,128) dan Pulau Pinang (1,060).

Negeri yang mencatatkan tiga angka bagi kes COVID-19 ialah Sabah (962), Pahang (779), Terengganu (760), Kedah (708), Melaka (339), Kuala Lumpur (310) dan Negeri Sembilan (194).

“Putrajaya pula mencatatkan sebanyak 37 kes, Perlis 17 kes manakala di Labuan terdapat lima kes dilaporkan sehingga 12 tengah hari tadi (Sabtu),” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat hari Jumaat ialah 70 peratus daripada 1,504 katil manakala katil bukan ICU sebanyak 60 peratus daripada 16,810 katil.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda