
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 dalam negara semalam menurun kepada 19,057 berbanding 19,378 kes kelmarin.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran dalam laman Facebook dan Twitter berkata kumulatif kes COVID-19 kini adalah sebanyak 1,824,439 kes.
Selangor kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 3,775 kes, diikuti Sarawak (2,723), Sabah (2,279), Johor (2,077), Pulau Pinang (1,558), Perak (1,450), Kelantan (1,434) dan Kedah (1,329).
Sementara itu, Kuala Lumpur merekodkan sebanyak 711 kes, Terengganu (605), Pahang (410), Melaka (338), Negeri Sembilan (242), Perlis (99), Putrajaya (18) dan Labuan sembilan kes.
— BERNAMA