
Foto: Infografik Covid Now
PUTRAJAYA, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 19,198 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara setakat semalam, sedikit menurun berbanding 19,550 kes kelmarin.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter dan Facebook memaklumkan pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di seluruh negara kini sebanyak 1,979,698 kes.
Sementara itu, Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi untuk tujuh hari berturut-turut dengan 5,291 kes hari ini, berbanding 3,743 kes kelmarin.
Selangor pula mencatatkan kes harian kedua tertinggi iaitu 2,347 kes, diikuti Johor (2,110); Sabah (1,717); Kelantan (1,435); Pulau Pinang (1,309); Kedah (1,256) dan Perak (1,118)
Lapan negeri yang merekodkan kes harian baharu di bawah empat angka adalah Terengganu (930); Pahang (584); Kuala Lumpur (376); Melaka (340); Negeri Sembilan (283); Perlis (67); Putrajaya (32); dan Labuan (tiga).
Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat kelmarin ialah 78 peratus atau 1,589 manakala katil bukan ICU ialah 75 peratus (17,326).
— BERNAMA