
Foto: Infografik KKM
PUTRAJAYA, 3 Sep (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 dalam negara semalam meningkat kepada 20,988 berbanding 18,762 kes kelmarin.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Facebook berkata kumulatif kes COVID-19 kini adalah sebanyak 1,786,004 kes.
Selangor kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 4,073 kes, diikuti Sarawak (2,992), Kedah (2,455), Sabah (2,329), Johor (2,145), Pulau Pinang (1,600) dan Kelantan (1,247).
Negeri yang merekodkan kes harian dengan tiga angka pula adalah Perak iaitu 990 kes, Terengganu (987), Kuala Lumpur (731), Pahang (599), Melaka (407) dan Negeri Sembilan (301).
Tiga negeri kekal mencatatkan kes di bawah paras 100 iaitu Perlis dengan 90 kes, Putrajaya (37) dan lima kes di Labuan.
— BERNAMA