
Laporan /foto : Muhammad Fandy Azam / Surega Vasuthevan ( Melaka Tengah)
KLEBANG, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Semangat perpaduan dan kesatuan dalam komuniti menjadi intipati utama penganjuran Program Merdeka@Komuniti Dun Klebang.
Penyelaras Parlimen Tangga Batu, Mohamad Ali Mohamad berkata bertepatan pada 31 Ogos setiap bulan menjadi hari kebanggaan seluruh rakyat Malaysia dalam menyambut bulan kemerdekaan namun seakan lupa dengan tarikh 16 September yang juga merupakan Hari Malaysia buat negara ini.
“Inisiatif Parlimen Tangga Batu dalam mencari idea bagi mempelbagaikan konsep bulan kebangsaan mahupun Hari Malaysia sentiasa diperincikan terutama dalam menghasilkan Kek Jalur Gemilang yang membawa maksud Road To Hari Malaysia 2021,” kata beliau dalam ucapannya, semalam.
Menurut Timbalan Pengerusi Japerun Klebang, Mohd Asri Abdul, 14 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) telah menerima kit makanan beserta Jalur Gemilang yang disumbangkan oleh Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Melaka.
” Sumbangan kit makanan dan Jalur Gemilang tersebut bertujuan untuk menyemarakkan Bulan Kemerdekaan seterusnya Hari Malaysia yang bakal menjelma.
“Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia amat sinonim dengan jiwa rakyat Malaysia dan inisiatif yang dibawakan JAPEN Negeri ini merupakan satu platform kepada semangat patriotisme supaya tidak akan utuh,” ujarnya.
-FF