Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Ahli Kelab Malaysiaku Daerah Kuala Pilah Sertai Kuiz Kenegaraan

By 15 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus/Hasrulazlinda Hassan (Kuala Pilah) 

KUALA PILAH, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 80 orang Ahli Kelab Malaysiaku Daerah Kuala Pilah bersama Guru Penyelaras mengikuti Pertandingan Kuiz Kenegaraan anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah melalui applikasi Google Meet dan Wordwall.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Kuala Pilah Shaharuddin Daud, walaupun sekolah belum di buka dan semua pengajaran dan pembelajaran dibuat secara dalam talian, ia tidak menjadi halangan untuk mengadakan aktiviti bagi ahli Kelab Malaysiaku di daerah ini.

“Mengambil semangat sambutan Bulan kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah mengambil inisiatif mengadakan pertandingan Kuiz Kenegaraan bagi meningkatkan semangat cintakan negara dan seterusnya menguji kebijaksanaan pelajar.

“Peluang yang sama turut diberikan kepada guru penyelaras untuk menyertai pertandingan bagi kategori Guru Penyelaras bagi menguji dan mengingatkan kembali para guru mengenai sejarah dan perkembangan semasa negara sekarang,” ujarnya ketika sesi Goole Meet bersama Guru Penyelaras dan Ahli Kelab Malaysiaku, semalam.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah Unit Pembangunan Bakat Murid Roslan Mohd Amin, berkata beliau sentiasa memberi sokongan yang kuat kepada aktiviti yang dijalankan oleh Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah dan ia sebagai satu kaedah aktiviti kokurikulum dalam pembudayaan norma baharu.

“Pelajar perlu mengetahui pentingnya mempelajari dan menghayati sejarah sebagai panduan dan iktibar untuk tidak mengulangi kesilapan lalu dan memperbaiki ruang-ruang yang ada dalam membina negara yang tercinta,” ujarnya

Dalam pada itu, Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku Sekolah Sains Sukan Negeri Sembilan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba Mazlina Ramli, seramai 15 orang murid dari sekolahnya telah menyertai pertandingan tersebut.

Guru-guru penyelaras bersama Penolong Pegawai Pendidikan.

Guru-guru penyelaras bersama Penolong Pegawai Pendidikan.

“Para pelajar sangat bersemangat menyertai kuiz ini, walaupun hari ini merupakan minggu cuti persekolahan, namun ia tidak menghalang mereka untuk turut serta dan ada juga maklumbalas yang diterima mengenai soalan kuiz adalah sedikit sukar, saya berharap ia dapat memberi pengalaman dan cabaran baru kepada pelajar,” katanya.

Terdapat lima buah sekolah Kelab Malaysiaku di daerah Kuala Pilah iaitu Sekolah Sains Sukan Negeri Sembilan SMK Za’aba, SMK Senaling, SMK Tuanku Muhammad, SMK Dato’ Abdul Samad dan SMK Tunku Besar Burhanuddin.

-FF

Tinggalkan komen anda