Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Bulan Kebangsaan 2021 Tetap Dirai dalam Suasana Sederhana

By 1 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)

JELEBU, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini tetap diraikan dalam suasana sederhana dengan mematuhi prosedur sperasi standard (SOP) yang telah ditetapkan pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaludin Alias, berkata beliau mengharapkan kerjasama antara masyarakat dapat dilakukan dan diperkuatkan dalam keadaan suasana norma baharu ini dan sambutan tahun ini tetap meriah tetapi sederhana berbanding dengan tahun-tahun yang sudah lebih meriah dengan konvoi Jalur Gemilang di seluruh kawasan dalam parlimen Jelebu.

“Jelajah Merdeka Bantuan COVID-19 ini bermula dari Tapak Pasar Tani Kuala Klawang dan seterusnya ke tiga lagi lokasi iaitu Masjid Kampung Sungai Rotan Pekan Simpang Durian, perkarangan Kompleks UMNO Bahagian Jelebu dan berakhir di FELDA Sungai Lui Barat,” katanya ketika ditemui dalam Program Jelajah Merdeka Bantuan COVID-19 Parlimen Jelebu, di sini semalam.

Datuk Seri Jalaludin Alias memberi ucapan

Datuk Seri Jalaludin Alias memberi ucapan.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan bakul makanan buat penduduk yang terkesan dengan penularan COVID-19 dan sebanyak 58 bakul makanan diagihkan di kawasan terjejas.

Pemberian Sumbangan bakul makanan.

Pemberian Sumbangan bakul makanan.

Menurut pegawai Penerangan Daerah Jelebu, Abd Halim Jumat, dengan program Info On Wheels Merdeka yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan juga dapat melihat dan memastikan tahap kepekaan masyarakat terhadap Hari Kebangsaan.

“Kesemuanya dilihat bersemangat meraikan Hari Kebangsaan walaupun dengan situasi norma baharu dan Pejabat Penerangan Daerah Jelebu juga turut memberi Jalur Gemilang pada penerima bantuan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda