Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Daki Bukit Mak Dayang Rai Hari Malaysia

By 20 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 20 Sep (Malaysiaaktif) – Hampir 50 orang menyertai program pendakian Bukit Mak Dayang Kemaman anjuran pejabat Penerangan Daerah Kemaman bersama-sama Persatuan Perpaduan Masyarakat Kemaman yang turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai (ADUN) Hanafiah Mat.

Menurut Hanafiah, pengisian program sebegini amat bagus kerana memberi banyak manfaat.

“Aktiviti sebegini amat bagus untuk kesihatan mental dan fizikal para peserta di samping mengisi sambutan Hari Malaysia dengan sesuatu yang bermanfaat.

Hanafiah Mat, menasihatkan orang ramai yang mendaki bukit Mak Dayang ini untuk sama-sama menjaga kebersihan.

Hanafiah, menasihatkan orang ramai yang mendaki bukit Mak Dayang ini untuk sama-sama menjaga kebersihan.

“Saya turut menasihatkan orang ramai yang mendaki Bukit Mak Dayang ini untuk sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar di sini,” katanya ketika ditemui semoena program di bukit tersebut, di sini baru-baru ini.

Winnie Low, 44 antara peserta yang ditemui, berkata program ini amat baik sekali sempena meraikan hari Malaysia, kami juga boleh bersuai kenal antara peserta.

“Kebanyakan peserta adalah bukan kenalan kami dan dengan adanya program ini boleh merapatkan silaturahim antara kaum Cina dan Melayu di daerah ini,” ujarnya.

Winnie Low, 44 berkata program ini boleh merapatkan silaturahim antara kaum di daerah ini.

Winnie berkata program ini boleh merapatkan silaturahim antara kaum di daerah ini.

Lip Won Chang, 57, juga bersependapat dengan Winnie.

Katanya, dia berharap program ini terus dianjurkan sama ada oleh Pejabat Penerangan mahupun agensi-agensi kerajaan lain di Kemaman kerana banyak kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti sebegini.

“Kami sangat berbesar hati apabila Pejabat Penerangan Daerah Kemaman menjemput kami untuk menjayakan program tersebut,” tambah Lip Won Chang.

Lip Won Chang, 57 berbesar hati menerima menjemput untuk menjayakan aktiviti mendaki Bukit Mak Dayang.

Lip Won Chang berbesar hati menerima jemputan menjayakan aktiviti mendaki Bukit Mak Dayang.

Bukit Mak Dayang terletak di kawasan Chukai mempunyai ketinggian kira-kira 1000 meter menjadi tumpuan para pengujung setelah diberi kebenaran oleh kerajaan untuk melakukan aktiviti luar setelah melengkapkan dua dos vaksin.

-ii-

Tinggalkan komen anda