Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

FAMA Tampin Mematuhi SOP yang Telah Ditetapkan Sepanjang Perniagaan di Fasa 3

By 10 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Syafiq Zaman (Tampin)

TAMPIN, 10 Sep (Malaysiaaktif) – Negeri Sembilan yang kini telah beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara menyaksikan banyak sektor kembali beroperasi termasuklah pengoperasian Pasar Tani Daerah Tampin yang dikendalikan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sembilan.

Pegawai FAMA Daerah Tampin Mat Azrul Mat Esa, memaklumkan perlaksanaan operasi Pasar Tani Tampin telah dibenarkan seperti biasa setiap hari Khamis banyak membantu peniaga untuk menjalankan perniagaan di pasar tani untuk menjual hasil pertanian kepada pengguna di kawasan perniagaan.

Pengunjung sedang menulis nama bagi yang tidak mempunyai MySejahtera.

Pengunjung sedang menulis nama bagi yang tidak mempunyai MySejahtera.

“Pengoperasian Pasar Tani Daerah Tampin perlu mengikut peraturan dan prosedur operasi standart (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta saranan kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Negara.

“Perkhidmatan RELA dan kakitangan FAMA di ditugaskan di pintu masuk pasar tani untuk memastikan pengunjung dan peniaga disaring maklumat suntikan sebelum memasuki tapak pasar tani,” katanya ketika ditemui di tapak pasar tani tersebut, di sini semalam.

Menurut Mat Azrul, kebenaran beroperasi ini melibatkan dua buah Pasar Tani di Daerah Tampin iaitu, Pasar Tani Tampin dan Pasar Tani Gemencheh.

Pengunjung mengambil nombor giliran bagi masuk ke dalam pasar tani bagi membeli barangan keperluan.

Pengunjung mengambil nombor giliran bagi masuk ke dalam pasar tani bagi membeli barangan keperluan.

“Para pengunjung serta penduduk daerah Tampin boleh mengunjungi ke Pejabat FAMA Daerah Tampin atau menghubungi di talian 06-431013 untuk keterangan lebih lanjut tentang pengoperasian pasar tani di daerah ini.

“Diharapkan pengoperasian pasar tani ini dapat membantu para peniaga menjalankan perniagaan dan menambahkan pendapatan di samping memudahkan pengguna untuk mendapatkan terus bekalan makanan di pasar tani dalam situasi COVID-19 ketika ini” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda