Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahMA

Galeri Merdeka Bukti Semangat Patriotisme Tidak Luntur

By 10 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Yusmila Yusoff (Sik)

SIK, 10 Sep (Malaysiaaktif) – Meskipun sudah hampir dua tahun negara dilanda pandemik COVID-19  dan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun semangat patriotisme tidak luntur dalam kalangan rakyat Malaysia setiap kali tiba sambutan Hari Kemerdekaan.

Asrul Effindi Zakaria, 40 mengambil inisiatif dengan mengilhamkan Galeri Merdeka di perkarangan kediamannya untuk menzahirkan rasa cinta dan sayangnya kepada negara.

“Selain hiasan Jalur Gemilang, saya juga membina beberapa replika seperti meriam, kapal terbang, beca dan lain-lain dengan menggunakan bahan-bahan terpakai.

Salah satu rekaan Asrul, replika kapal terbang yang dibina menggunakan bahan-bahan terpakai.

Salah satu rekaan Asrul, replika kapal terbang yang direka menggunakan bahan-bahan terpakai.

“Saya mendapat idea membina Galeri Merdeka ini kerana minat dan rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang dilahirkan selepas merdek,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Berona Kanan, di sini baru-baru ini.

Selain membina galeri tersebut, Asrul Effindi turut memaklumkan semangat patriotisme ini turut ditekankan dalam diri anak-anaknya dan keluarga seperti penglibatan anak-anaknya dengan menyertai pelbagai pertandingan sempena bulan kebangsaan di sekolah sebelum ini.

Beliau yang bekerja sendiri telah memulakan pembinaan Galeri Merdeka ini sejak pertengahan Ogos yang lalu.

Asrul Effindi Zakaria, 40 pemilik Galeri Merdeka.

Asrul Effindi Zakaria, 40 pemilik Galeri Merdeka.

 

~RJ~

Tinggalkan komen anda