Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Gotong-Royong KRT Zon Hibiscus Pulai Indah Meriahkan Sambutan Hari Malaysia

By 15 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Nasir Salman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 15 Sept (Malaysiaaktif) – Sejak lima tahun yang lalu, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Hibiscus Taman Pulai Indah tidak pernah gagal mengibar dan menghias kawasan perumahan mereka dengan Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Bermula dengan pemasangan bendera di jalan-jalan utama, kini semua penduduk di kawasan tersebut telah mengambil inisiatif dengan turut sama menggantung bendera di kediaman masing-masing.

Kerjasama antara AJK KRT dan ketua-ketua blok di kawasan ini menjadi contoh kepada semua penduduk untuk turut sama memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan - Pengerusi KRT Zon Hibiscus Mohd Azam Mektar

Kerjasama antara AJK KRT dan ketua-ketua blok di kawasan ini menjadi contoh kepada semua penduduk untuk turut sama memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan – Mohd Azam Mektar

Menurut Pengerusi KRT Zon Hibiscus Mohd Azam Mektar, kerjasama antara ahli jawatankuasa KRT dan ketua-ketua blok di kawasan ini menjadi contoh kepada semua penduduk untuk turut sama memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan.

“Semua perhiasan bendera ini dilakukan secara sukarela dan tiada paksaan dari pihak KRT di sini yang mana ada antara mereka yang turut datang membantu memasang bendera pada waktu malam kerana bekerja di siang hari.

“Hasil sumbangan dari para penduduk digunakan untuk membeli barangan keperluan aktiviti gotong-royong selain sumbangan bendera turut diberikan kepada masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui selepas program Info On Wheels (IOW) Merdeka di kawasan perumahan tersebut, di sini baru-baru ini.

Bendera Jalur Gemilang menghiasai setiap rumah penduduk Zon Hibiscus Taman Pulai Indah hasil gotong-royong sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Bendera Jalur Gemilang menghiasai setiap rumah penduduk Zon Hibiscus Taman Pulai Indah hasil gotong-royong sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Beliau turut mengucapkan terima kasih di atas komitmen semua pihak yang terlibat bagi menjayakan aktiviti sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.

Salah seorang penduduk yang ditemui Ramle Darris, 54, berkata semangat gotong-royong telah lama dipupuk dalam kalangan masyarakat setempat sejak beliau mula-mula menduduki kawasan ini 11 tahun yang lalu.

“Setiap tahun kami akan mengadakan aktiviti pemasangan Jalur Gemilang bagi meningkatkan semangat patriotisme dan menghargai kebebasan yang dikecapi oleh negara ini.

“Saya berpendapat kempen kibar Jalur Gemilang adalah satu cara untuk menjadikan generasi muda kita lebih berjiwa patriotik selain mendidik mereka untuk menghormati dan mencintai Jalur Gemilang,” ujarnya.

-NI-

Tinggalkan komen anda