Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Harga Ayam, Ikan Naik Cetus Gusar Masyarakat

By 17 September 2021Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Ali Imran Johari (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Hasil tinjauan lapangan yang dijalankan di sini, mendapati berlaku peningkatan harga bagi ikan dan ayam, berikutan beberapa faktor yang menyukarkan peniaga mendapatkan bekalan.

Tinjauan di Pasar Batu Enam Gong Badak di sini, mendapati harga ikan yang popular dalam kalangan pengguna meningkat antara RM1 dan RM2 satu kilogram.

Harga bagi ayam mentah naik sehingga RM9.50 sekilogram manakala ikan kerisi dan selayang gred A mencecah harga RM18 sekilogram, ikan kembung gred A RM26 sekilogram, ikan tongkol RM10 sekilogram dan sotong RM30 sekilogram.

Sementara itu, peniaga ayam, Fazuni Abdul Rashid, 52, berkata harga ayam yang diambil daripada pembekal agak tinggi bermula dari RM6.40 sekilogram manakala RM7.70 bagi ayam yang siap diproses.

Fazuni Abdul Rashid, peniaga ayam berkata, pihak berwajib perlu mengambil langkah segera bagi memastikan harga ayam terkawal.

Fazuni Abdul Rashid, peniaga ayam berkata, pihak berwajib perlu mengambil langkah segera bagi memastikan harga ayam terkawal.

“Saya dimaklumkan harga naik disebabkan beberapa faktor seperti harga dedak ayam meningkat secara mendadak, selain kemasukan anak ayam berkurangan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini,” katanya ketika ditemui di pasar tersebut, di sini semalam.

Sementara itu, Salman Akhbar, 35, yang berniaga ikan sejak lima tahun yang lalu berkata harga ikan kembung dan pelaling juga tidak menentu dan bergantung kepada pembekal.

“Harga ikan ketika ini tidak menentu, pada hari ini ikan pelaling bagi sekilogram adalah RM18 manakala bagi ikan kembung adalah RM26 sekilogram.

Salman Akhbar (Baju Hijau), mengakui kenaikan harga ikan akan membebankan peniaga-peniaga harian ketika ditemubual dalam program Sambutan Hari Malaysia 2021 Peringkat Kuala Nerus, semalam.

Salman Akhbar (kiri), mengakui kenaikan harga ikan akan membebankan peniaga-peniaga harian ketika ditemubual dalam program Sambutan Hari Malaysia 2021 Peringkat Kuala Nerus, semalam.

“Faktor harga ikan berubah-ubah bergantung kepada keadaan cuaca, kadang-kadang harga jauh lebih murah dan boleh jadi harga melambung tinggi jika musim tengkujuh,” katanya dengan nada yang agak kesal.

Sementara itu, pengunjung pasar, Mohd Rashid Mohd, 68, berkata beliau meluahkan kebimbangan sekiranya harga jualan ayam terus melonjak melebihi RM10.

“Jika harga ayam mentah terus naik melebihi RM10 sekilogram akan membebankan orang ramai terutamanya para peniaga kedai makan di sini,” katanya yang mengusahakan kedai menjual nasi bajet.

Peniaga nasi bajet, Mohd Rashid Mohd mengharapkan harga ikan dan ayam kembali turun sekaligus tidak akan membebankan orang ramai ketika ini.

Peniaga nasi bajet, Mohd Rashid Mohd mengharapkan harga ikan dan ayam kembali turun sekaligus tidak akan membebankan orang ramai ketika ini.

“Para peniaga tidak boleh menaikkan harga makanan yang dijual sesuka hati kerana telah menetapkan harga sebelum ini kepada pelanggan kedai.

“Hampir seminggu saya menutup kedai kerana tidak boleh lagi mendapatkan semula keuntungan modal berikutan harga ayam mentah yang mahal,” katanya dengan nada sedih.

Menggulas mengenai kenaikan harga ikan di pasaran ketika ini, dakwaan peniaga mengenai penutupan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Kambing bagi kerja-kerja membasmi kuman dan mengelak jangkitan menjejaskan bekalan ikan tempatan.

Kompleks tersebut ditutup selama seminggu bermula Selasa lalu susulan penularan wabak COVID-19 di lokasi berkenaan.

-ii-

Tinggalkan komen anda