Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

[KEMAS KINI] Imbas Kod untuk Aduan ‘Waghih’ Jelebu

By 19 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)

JELEBU, 19 Sep (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias, melancarkan kod QR aplikasi Whatsapp ‘Aduan Waghih Jelebu’ bagi memudahkan penduduk setempat membuat aduan berkaitan isu setempat.

Jalaluddin berkata, d engan slogan “Sampaikan terus aduan, permasalahan atau cadangan penambahbaikan anda kepada Datuk Seri Jalaluddin Alias”, kini masyarakat Jelebu boleh berhubung terus melalui aplikasi pesanan ringkas ‘Whatsapp’ di talian 017-2953550.

“Ini merupakan talian khas yang saya khususkan bagi memudahkan masyarakat Jelebu untuk berhubung terus dengan saya dan hanya beritahu apa yang perlu saya bantu mereka contohnya dari segi bantuan pendidikan, masalah-masalah setempat atau cadangan demi kebaikan kita bersama.

“Kalau sukar untuk taip dalam Bahasa Malaysia taip sahaja dalam bahasa apa pun misalnya, Bahasa Mandarin ke Bahasa Tamil atau Bahasa Orang Asli kerana saya telah melantik pegawai daripada pelbagai bangsa bagi memantau Aduan ‘Waghih’ Jelebu supaya bahasa tidak menjadi penghalang untuk kita berhubung,” katanya ketika ditemui sempena pelancaran kod tersebut di Pekan Titi, di sini semalam.

Salah seorang penduduk Pekan Pertang Chua Bun Heng, 53, ketika ditemui berkata inisiatif ini memudahkan penduduk sepertinya untuk berhubung dengan wakil rakyat.

“Kalau macam ini mudah hantar sahaja ‘Whatsapp’ mesti sampai kepada Datuk berbanding dengan dulu perlu hubungi sebelum berjumpa kerana Datuk sentiasa sibuk,” katanya.

-FF

Tinggalkan komen anda