Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

IoW Merdeka Semarak Sambutan Hari Kebangsaan

By 4 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari/Nur Afikah Rusly (Larut Matang dan Selama)

KAMUNTING, 4 Sep (Malaysiaaktif) – Semangat patriotik dan semarak Hari Kebangsaan masih lagi diteruskan sehingga ke Sambutan Hari Malaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi pada 16 September 2021.

Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang Azahari Abd Aziz, berkata sambutan Hari Kebangsaan di Taman Mewah, Kamunting ini adalah julung kali diadakan dan beliau berterima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Larut Matang dan Selama kerana sudi  menjayakan program Info on Wheels (IoW) sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 di sini.

“Reaksi penduduk juga amat menggembirakan pihak kami kerana mereka merasakan bahawa di sini adalah tempat yang sangat sesuai untuk dijadikan lokasi sambutan Hari Kebangsaan bagi Peringkat DUN Kuala Sepetang.

“Turut berlangsung acara pagi ini adalah penyerahan gimik perasmian program dimana 10 helai bendera yang telah siap dipasangkan dengan kayu bagi menandakan program tersebut telah dirasmikan kepada wakil tuan rumah yang telah terpilih,” katanya yang ditemui sempena program di taman perumahan tersebut, di sini hari ini.

Gimik penyerahan bendera kepada wakil rumah yang terpilih sebagai tanda perasmian program.

Gimik penyerahan bendera kepada wakil rumah yang terpilih sebagai tanda perasmian program.

Tambahnya, program pada hari ini juga turut diadakan dengan mengedar Jalur Gemilang sebanyak 50 helai bendera kenderaan, 70 helai bendera tangan yang diagihkan kepada kenderaan yang menggunakan jalan raya tersebut sambil dibantu oleh Unit Rukun Tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Mewah, Kamunting yang menjaga pergerakan kawalan lalu lintas di kawasan jalan raya tersebut.

“Saya amat berpuas hati dengan hasil kerjasama daripada semua pihak yang turut serta dalam menjayakan program pada hari ini dan saya berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang supaya semangat patriotik dalam diri rakyat Malaysia terutamanya masyarakat setempat tidak hilang begitu sahaja dek arus zaman permodenan,” katanya.

Turut hadir, Pegawai Perpaduan Daerah Larut Matang dan Selama Noor Azami Mahmood.

~RJ~

Tinggalkan komen anda