Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Jangan Leka, Terus Kekal Patuh SOP

By 17 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syaiful Harif Adnan/Muhaimin Musa (WPKL)

KUALA LUMPUR, 17 Sep
(Malaysiaaktif) – Orang ramai khususnya penduduk Taman Bukit Cheras, di sini diseru untuk terus kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 biarpun banyak kelonggaran telah diberikan kepada umum.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bukit Cheras Emran Mohd Shah, berkata penduduk setempat tidak boleh alpa memandangkan virus COVID-19 masih ada di sekeliling terutamanya dalam komuniti.

“Pembukaan semula beberapa sektor ekonomi selepas kerajaan mengumumkan peralihan PPN dari fasa 1 ke fasa 2 menunjukkan petanda positif dalam merancakkan ekonomi negara.

Asdazairi menyampaikan beg cenderamata kepada penduduk setempat di Taman Bukit Cheras.

Asdazairi menyampaikan beg cenderamata kepada penduduk setempat di Taman Bukit Cheras.

“Harus difahamkan juga bahawa ini bukan masa untuk kita terus leka mengabaikan SOP dalam memerangi penularan wabak dan sedarilah kita sudah hampir dua tahun jalani kehidupan norma baharu,” katanya ketika ditemui pada Program Sepakat@Komuniti di Taman Bukit Cheras, di sini semalam.

Program berkenaan merupakan kerjasama KRT Taman Bukit Cheras bersama Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JaPen WPKLP) bersempena sambutan Hari Malaysia.

Asdazairi menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk setempat.

Pegawai JaPen WPKLB (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penduduk setempat.

Turut diadakan majlis penyerahan sumbangan barangan keperluan asas kepada penduduk setempat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Hadir sama Pegawai Perpaduan Parlimen Bandar Tun Razak/ Cheras Norashikin Tasor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda