Skip to main content
Berita SelatanMelaka

[KEMAS KINI] Jasa dan Pengorbanan Pejuang Negara Tidak Dilupai

By 28 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh (Jasin)

MERLIMAU, 28 Sep (Malaysiaaktif) – Bersempena Program Sepakat@Komuniti Parlimen Jasin, Pejabat Penerangan Daerah Jasin bersama dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri ( JAPERUN) Merlimau menyantuni veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah lama meninggalkan kerjaya mereka.

Menurut Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau Jezlee Pit, program ini adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan pejuang yang selama ini telah bertungkus lumus dalam memastikan keselamatan negara dalam keadaan yang selamat dan aman untuk didiami.

Lawatan menghargai jasa pejuang negara.

Lawatan menghargai jasa pejuang negara.

“Dalam keadaan COVID-19 kita terpaksa hidup dalam keadaan sentiasa menjaga SOP berbanding dahulu tuan-tuan berkhidmat menjaga keselamatan daripada ancaman musuh yang nampak tetapi pada situasi hari ini musuh yang ada kita tidak nampak yang setiap hari banyak kes- kes kematian kita dengar disebabkan COVID 19,” ujar Jezlee dalam menyantuni pesara- pesara ATM dan PDRM di Pejabat Penerangan Jasin, di sini semalam.

Manakala Pesara Polis, Sapian Kasim, 66, yang ditemui berkata beliau bersyukur kerana walaupun telah lama meninggalkan kerjaya dan perkhidmatan, masih ada lagi pihak yang tidak menyisihkan mereka dengan mengadakan majlis yang baik untuk para pesara.

Sapian Kasim pesara polis.

Sapian Kasim pesara polis.

“Saya mewakili rakan-rakan mengucapkan ribuan terima kasih kerana ada lagi yang mengingati jasa kami ini pada penghujung usia.

“Hampir 10 tahun bersara selepas menamatkan perkhidmatan terakhir di Balai Polis Bukit Baru sebagai ketua balai, kini saya mengusahakan kebun sahaja,” ujarnya.

-FF

Tinggalkan komen anda