Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

JPNINS Terapkan Keluarga Malaysia dalam Pelan Dasar Perpaduan Negara

By 29 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Judy Henry (Sarawak)

KUCHING, 29 Sep (Malaysiaaktif) – Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KPWKK) Datuk Seri Fatimah Abdullah, akan memastikan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak (JPNINS) akan menerapkan Nilai Keluarga Malaysia dalam perlaksanaan Dasar Perpaduan Negara.

“Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan harus kita tangani dengan membuat penyelesaian semaksima mungkin dan memberi kepuasan kepada semua pihak.

“Seperti yang telah ditekankan oleh Perdana Menteri agar kita menekankan tentang konsep ‘Keluarga Malaysia’, yang mana teras konsep ini adalah perpaduan,” kata Fatimah semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sarawak di bangunan Sultan Iskandar, di sini hari ini.

Dirwana (tiga daripada kiri) memberi taklimat mengenai Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030.

Dirwana (tiga daripada kiri) memberi taklimat mengenai Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030.

Pengarah JPNINS, Dirwana Azool turut memberi taklimat tentang Dasar Perpaduan Negara yang telah dilancarkan pada 15 Februari 2021 oleh Perdana Menteri.

“Dasar Perpaduan ini sebenarnya merupakan dasar dan tindakan yang akan diambil bagi merealisasi dasar-dasar yang terkandung di dalam rangka tindakan pelan tindakan strategi untuk memastikan objektif tercapai.

“Evolusi perpaduan bermula daripada peristiwa 13 Mei sebagai titik permulaan apabila etnik bergaduh dengan satu sama lain, maka ita harus menyedarkan rakyat untuk mengambil peristiwa ini sebagai satu pengajaran,” katanya.

Dirwarna menjelaskan bahawa asas pembangunan yang berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi asas pembentukan negara dan identiti rakyat Malaysia serta berlandaskan persetujuan timbal balik dan perkongsian kuasa pelbagai etnik.

Perkongsian aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Yayasan Perpaduan Sarawak.

Perkongsian aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Yayasan Perpaduan Sarawak.

“Manakala Rukun Negara merupakan ideologi untuk menyeragamkan kefahaman di antara rakyat dan membentuk perpaduan yang utuh diantara semua rakyat Malaysia,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda