Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Kayuhan Santai Promosikan PMR Daerah Dungun

By 28 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aneta Ahmad/Mahadi Mustafa (Dungun)

DUNGUN, 28 Sep (Malaysiaaktif)– Bagi mempromosikan Pusat Maklumat Rakyat (PMR), Pejabat Penerangan Daerah Dungun mengadakan program PMR@Komuniti kayuhan santai untuk memberi maklumat kepada masyarakat di daerah ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bukit Besi Roslee Daud, pendekatan berbeza pada tahun ini diambil bagi mempromosikan fungsi dan perkhidmatan yang disediakan melalui kayuhan santai dan hebahan unit bergerak di sepanjang laluan yang dilalui.

Hebahan Unit Bergerak dibuat sepanjang laluan kayuhan.

Hebahan Unit Bergerak dibuat sepanjang laluan kayuhan.

“Kayuan sejauh 20 kilometer itu bermula dari pekarangan Pejabat Penerangan Daerah Dungun melalui laluan pantai juga melibatkan lokasi pelancongan Pantai Teluk Gadong sehingga ke hentian terakhir di Galeri DNG, Kedai Belakang Rumah.

ADUN Kawasan Bukit Besi, Roslee Daud bersama Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Mohd Othman Abu Bakar turut berkayuh dalam kayuhan santai tersebut.

Roslee Daud (dua dari kanan) bersama Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Mohd Othman Abu Bakar (kanan) turut berkayuh dalam kayuhan santai tersebut.

“Semoga kayuhan secara santai ini boleh memberi maklumat kepada orang ramai berkaitan perkhidmatan yang ada di pejabat penerangan,” katanya yang turut menyertai program tersebut, baru-baru ini.

Norul Ain Mat Noor, 32 dari Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kampung Bijangga, berkata program seperti kayuhan santai ini dapat merapatkan hubungan antara kakitangan Pejabat Penerangan daerah yang dilihat sangat aktif dalam memberi kefahaman kepada peserta khususnya berkaitan pematuhan SOP bagi memastikan penyebaran COVID-19 dapat disekat.

Norul Ain Mat Noor mengimbas QR Code bagi menyertai program kayuhan Santai.

Norul Ain Mat Noor mengimbas QR Code bagi menyertai program kayuhan Santai.

Salah seorang kumpulan Sahabat Penerangan Dungun, Rosdi Dollah, 46, berkata perkhidmatan yang disediakan di PMR perlu diambil peluang oleh penduduk sekitar seperti Portal Pusat Maklumat Rakyat untuk carian pelbagai maklumat semasa, penawaran kemudahan komputer, internet dan pencetak secara percuma serta edaran bahan rujukan penerbitan.

Kemudahan yang disediakan perlu digunakan oleh masyarakat sekitar jelas Rosdi Dollah yang ditemui di program.

Kemudahan yang disediakan perlu digunakan oleh masyarakat sekitar jelas Rosdi Dollah yang ditemui di program.

Menurut Jailani Mohd Ali, 51 perkhidmatan yang disediakan sangat berguna untuk masyarakat di daerah ini.

Kemudahan yang disediakan sangat berguna kepada masyarakat kata Jailani Mohd Ali.

Kemudahan yang disediakan sangat berguna kepada masyarakat kata Jailani Mohd Ali.

“Kelainan yang dibuat menjadi tarikan dan penganjur bijak mengambil peluang kerana dapat menganjurkan program semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah masuk Fasa Tiga bagi Terengganu,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda