Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Menurun Lagi kepada 14,954 Kes

By 20 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 20 Sep (Malaysiaaktif) – Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia menurun untuk empat hari berturut-turut apabila 14,954 kes dilaporkan setakat 12 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada hari Sabtu, Malaysia merekodkan 15,549 kes, berbanding 17,577 kes (Jumaat), 18,815 kes (Khamis) dan 19,495 kes (Rabu).

Dr Noor Hisham menerusi laman Twitter dan Facebook memaklumkan angka kes baharu yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 kini 2,097,830.

Menurut beliau, Sarawak mencatat jumlah kes tertinggi dengan 2,707 kes, diikuti Selangor (2,028), Johor (1,948), Kelantan (1,420), Sabah (1,356), Pulau Pinang (1,259) dan Perak (1,222).

Negeri yang merekodkan kes baharu di bawah 1,000 pula ialah Kedah dengan 809 kes, Pahang (705), Terengganu (671), Kuala Lumpur (383), Melaka (207), Negeri Sembilan (144), Perlis (76) dan Putrajaya (19), manakala tiada kes baharu direkodkan di Labuan.

Sementara itu, menerusi maklumat infografik yang dimuat naik, Dr Noor Hisham memaklumkan kapasiti dan penggunaan katil hospital COVID-19 hingga 5 petang kelmarin ialah 67 peratus daripada 17,028 katil bagi penggunaan bukan unit rawatan rapi (ICU) manakala bagi katil ICU kes wabak itu ialah 72 peratus daripada 1,611 katil.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda