Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Terus Berkurang kepada 10,959 Kes

By 28 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 28 Sep (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 di seluruh negara semalam terus mencatatkan pengurangan dengan 10,959 kes dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di media sosialnya memaklumkan kes baharu itu berkurangan sebanyak 2,145 kes, berbanding 13,104 kes kelmarin.

“Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini adalah 2,209,194 kes,” katanya.

Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,723 diikuti Johor (1,226); Kelantan (983); Selangor (979); Pulau Pinang (793); Sabah (751); Pahang (739) dan Perak (713).

Terengganu pula merekodkan 691 kes disusuli Kedah (660); Melaka (346); Kuala Lumpur (176); Negeri Sembilan (110); Perlis (51) dan Putrajaya (18) manakala tiada kes baharu di Labuan.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat kelmarin ialah 68 peratus daripada 1,543 katil manakala katil bukan ICU sebanyak 59 peratus daripada 16,677 katil.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda