
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Kes baharu COVID-19 di seluruh negara setakat semalam menunjukkan penurunan dengan 13,104 kes direkodkan.
Menerusi perkongsian di media sosialnya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan angka itu menunjukkan penurunan kes sebanyak 795 berbanding 13,899 kes kelmarin.
“Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 2,198,235,” katanya.
Beliau berkata Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,943 disusuli Selangor (1,558), Johor (1,455), Kelantan (1,206) dan Sabah (1,078).
Negeri yang mencatatkan tiga angka bagi kes COVID-19 ialah Perak (994), Pulau Pinang (955), Kedah (721), Terengganu (685), Pahang (604), Melaka (362) dan Negeri Sembilan (165).
“Perlis mencatatkan sebanyak 80 kes, Putrajaya 24 kes manakala di Labuan, terdapat empat kes dilaporkan,” katanya.
— BERNAMA