Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Kes Baharu Turun kepada 18,762 Kes

By 2 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Kes baharu harian COVID-19 dalam negara semalam turun kepada 18,762 berbanding 20,897 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di akaun Twitter rasmi berkata jumlah kumulatif kes positif kini adalah sebanyak 1,765,016 kes.

Selangor kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi namun jumlah kes semalam merekodkan penurunan kepada 3,711 kes berbanding 4,371 kelmarin.

“Ia diikuti Sabah 2,430 kes, Sarawak (2,414), Johor (1,993), Pulau Pinang (1,762), Kedah (1,585) dan Kelantan (1,504).

“Perak mencatatkan 899 kes, Pahang (715), Kuala Lumpur (573), Terengganu (506), Melaka (309) dan Negeri Sembilan (291),” katanya.

Tiga negeri kekal mencatatkan kes bawah 100 iaitu Putrajaya 34 kes, Perlis (33) dan tiga kes di Labuan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda