
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/LUAS
SHAH ALAM, 4 Sep (Malaysiaaktif) – Sebuah premis kilang di kawasan berhampiran Sungai Rinching sekitar 16 kilometer (km) dari muka sauk Jenderam Hilir disyaki menyebabkan insiden pencemaran bau yang dikesan di River Monitoring Station (RMS) Kampung Sungai Buah, Dengkil.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Suruhanjaya Air Negara (SPAN) dan Air Selangor telah menjalankan operasi setelah menerima laporan kejadian pukul 4 petang semalam.
āLUAS telah mengaktifkan Kod Merah berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan secara menyeluruh ke kawasan terlibat di hulu muka sauk yang berisiko menyebabkan henti tugas loji rawatan air (LRA) Semenyih.
āLUAS menjalankan siasatan ke kawasan yang disyaki menyebabkan insiden pencemaran bau iaitu aliran air di takungan berhampiran sebuah premis kilang di kawasan berhampiran Sungai Rinching sekitar 16 km dari muka sauk Jenderam Hilir.

LUAS meletakkan 14 beg Serbuk Karbon Teraktif di dua lokasi aliran āsumpā berhampiran premis tersebut untuk mengawal sebarang pencemaran ke Sungai Semenyih.
āPensampelan ujian bau telah dilaksanakan diĀ takungan tersebut dan mendapati terdapat bau seakan solvent (pelarut) yang turut dikesan di aliran pertemuan ke Sungai Rinching,ā memetik kenyataan tersebut hari ini.
Dalam masa yang sama, menurut kenyataan itu, LUAS juga telah melakukan pensampelan di kawasan muka sauk Jenderam Hilir bagi tujuan analisa Jabatan Kimia Malaysia (JKM).
āInisiatif pencegahan dipertingkatkan oleh LUAS dengan meletakkan 14 beg serbuk karbon teraktif di dua lokasi aliran takungan berhampiran premis tersebut untuk mengawal sebarang pencemaran ke Sungai Semenyih.
āPenemuan terkini pada jarak 300 meter dari premis tersebut juga terdapat aliran air di takungan yang mempunyai bau yang sama sebelum pelepasan ke Sungai Rinching namun bacaan bau adalah sifar ton.
āSusulan itu, pihak JAS telah mengeluarkan notis Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) kepada premis disyaki di bawah Seksyen 38 (1) (a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS) untuk siasatan lanjut selama dua minggu,ā katanya.
Kenyataan sama menyebut, tindakan tegas akan dikenakan kepada pelaku selaras Seksyen 79(1) (a) Enakmen LUAS (Pindaan) 2020, jika disabitkan kesalahan akan dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan didenda tidak kurang daripada RM200 ribu dan tidak melebihi RM1 juta.
-RI