Skip to main content
Berita SelatanMelaka

Koleksi Basikal Tua Dihiasi Jalur Gemilang

By 1 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Hafizul Adzhari (Alor Gajah)

GADEK, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Hiasan halaman rumah mencerminkan semangat patriotik lebih-lebih lagi dihiasi dengan barangan antik.

Antara barang antik yang boleh dijadikan hiasan adalah basikal klasik, pinggan, mangkuk tingkat dan banyak lagi barangan lama yang menjadi koleksi istemewa bagi pemiliknya.

Menurut peminat barangan antik, Md Rahim Maskop, 52, setiap kali sambutan bulan kemerdekaan, beliau akan menghiasi rumah mengikut tema kemerdekaan pada setiap tahun dan pada tahun ini sedikit kelainan kerana negara dilanda pandemik yang membimbangkan tetapi tetap disambut meskipun secara bersederhana.

“Sambutan tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, jika sebelum ini dihiasi hampir 1000 Jalur Gemilang namun hanya 800 Jalur Gemilang sahaja yang dapat menghiasi rumah saya tahun ini.

Md Rahim memasang bendera dihalaman rumah.

Md Rahim memasang bendera dihalaman rumah.

“Terdapat juga 30 buah basikal klasik yang saya kumpul sebagai koleksi berharga dan hanya dikeluarkan apabila menjelang bulan kemerdekaan untuk menghiasi dengan Jalur Gemilang,” ujar Md Rahim ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gadek, di sini semalam.

Beliau pernah juga memenangi beberapa kejohanan di peringkat kampung, negeri malahan juga pernah menjadi johan pada kejohanan di peringkat kebangsaan.

Antara piala yang dimenanginya.

Antara piala yang dimenanginya.

-FF

Tinggalkan komen anda