
Laporan/foto: Nor Aziana Azreen Roslan/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)
IPOH, 16 Sep (Malaysiaaktif) – Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2021, semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia harus terus disemai dan diperkukuhkan dalam mencapai kesejahteraan dan perpaduan yang harmoni.
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti, Jabatan Perdana Menteri, Dr. Junaidi Abu Bakar berkata setelah melalui beberapa siri penjajahan hampir 400 tahun yang lalu, akhirnya perjuangan itu dilahirkan dan dimerdekakan pada 31 Ogos 1957 yang mana kita telah meraikan sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini.
“Nilai patriotik dan jati diri kita telah dibentuk sedari kecil oleh keluarga dengan menerapkan nilai-nilai murni dengan menghayati prinsip Rukun Negara kerana jika tidak mengamalkan kesepakatan kita tidak mampu mencapai keharmonian hari ini” kata beliau ketika dijemput sebagai panel Program Influencer@Japen Edisi Perak dengan topik ‘Patriotisme Dalam Kalangan rakyat Malaysia’ yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook Penerangan Perak Page di sini semalam.

Fikri Johari menonton Program Influencer@Japen ‘Patriotisme Dalam Kalangan rakyat Malaysia’ di tempat bertugas.
Menurut Junaidy ketika menjawab soalan moderator, Lizza Imelia Mohammad Sulanah semalam, walaupun berlaku perbezaan politik namun nilai patriotisme dan menjaga kedaulatan negara dalam diri masyarakat itu tinggi sehingga tidak mampu menggugat kesejahteraan rakyat pelbagai kaum.
Mengulas sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah dalam situasi norma baharu dan walaupun masyarakat tidak dapat turun padang meraikan sambutan Hari Malaysia namun beliau menyatakan ianya masih boleh diraikan dengan pelbagai kemudahan digital kreatif yang boleh dicapai walaupun dimana kita berada dengan menggunapakai pelbagai peranti seperti televisyen,telefon bimbit dan lain-lain dipelbagai platform atas talian dalam menggelorakan sambutan Hari Malaysia pada hari ini.
~RJ~