
Laporan/foto: Ahmad Noramin Idris (Perak Tengah)
SERI ISKANDAR, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Negeri Perak yang sinonim sebagai program tahunan Jabatan Penerangan sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan terpaksa ditangguhkan tahun ini berikutan pandemik COVID-19.
Namun baru-baru ini aktiviti konvoi berkenderaan dibenarkan untuk dilaksanakan di negeri ini bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pegawai Penerangan Daerah Perak Tengah Suriani Ghazali, ketika ditemui menjelaskan program mini kembara ini telah menjelajah ke empat lokasi perumahan di sekitar Bandar Seri Iskandar.
“Hasil inisiatif Pejabat Penerangan Daerah Perak Tengah, program ini berjaya dilaksanakan dengan disertai 15 buah kenderaan termasuk sebuah jentera berat daripada Bomba Seri Iskandar.
āAcara pelepasan konvoi kenderaan berskala mini KMJG Daerah Perak Tengah ini dimulakan di perkarangan bangunan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT), Seri Iskandar dan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, program mini kembara ini berjaya dilaksanakan.
āAntara SOP yang disyaratkan ialah setiap unit kenderaan yang mengikuti konvoi tidak dibenarkan berhenti di kawasan perumahan penduduk bagi memastikan tidak berlakunya aktiviti perhimpunan atau perkumpulan beramai-ramai dan juga aktiviti awam,ā katanya yang ditemui sempena program di Pejabat Penerangan Perak Tengah, di sini semalam.
Konvoi disertai unit kenderaan dan jentera barisan hadapan negara daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan negeri serta Persekutuan yang berkhidmat di daerah Perak Tengah selain unit kenderaan hebahan dari Pejabat Penerangan Daerah.
Sementara itu, peserta konvoi Mohamad Amin Abdul Hadi, 26, berkata program ini amat baik kerana hampir kebanyakan program sambutan kemerdekaan secara bersemuka di seluruh negeri terpaksa ditangguhkan kerana kekangan-kekangan SOP dan larangan perhimpunan awam.

{enduduk kampungĀ teruja meraikan ketibaan konvoi Mini Kembara Jalur Gemilang Peringkat Daerah Perak Tengah.
“Dengan adanya konvoi mini ini, masyarakat setempat tidak perlu keluar rumah untuk meraikan Hari Kebangsaan sebaliknya kami sendiri membawakan kemeriahan sambutan kemerdekaan di depan pintu rumah penduduk sekitar Bandar Seri Iskandar dan ini pastinya akan menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dan sayangkan negara walaupun negara dan seluruh dunia masih lagi bergelut dengan krisis pandemik COVID-19,ā ujarnya.
~RJ~