Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Orang Kelainan Upaya Tidak Dilupakan

By 27 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Hafif Zainurdin/Nor Juliana Jamri (Hulu Langat)

HULU LANGAT, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Dua beradik orang kelainan upaya (OKU) di Kampung Sungai Tekali antara penerima bantuan dalam program Sepakat@Komuniti Daerah Hulu Langat, kelmarin.

Pegawai Penerangan Daerah Hulu Langat Hafizan Hamzah, berkata sumbangan sebuah kerusi roda dan bakul makanan kepada keluarga dua beradik ini bertujuan meringankan beban.

“Kami mendapat maklumat daripada orang tempatan di sini kedua beradik ini amat memerlukan kerusi roda kerana pergerakan mereka terbatas dan saya harap sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya,” kata Hafizan yang ditemui sempena program di kampung tersebut, di sini.

Hafizan menyantuni Idris yang menerima kerusi roda baharu dalam Program Sepakat@Komuniti Daerah Hulu Langat semalam.

Hafizan menyantuni Idris yang menerima kerusi roda baharu dalam Program Sepakat@Komuniti Daerah Hulu Langat semalam.

Mohd Radzi Ismail, 41 dan Idris Ismail, 32, yang menghidap masalah lemah pembelajaran sejak kecil merupakan anak kedua dan anak bongsu pasangan Ismail A Hamzi, 75, dan Zainab Ahmad, 72.

“Kami berbesar hati menerima sumbangan kerusi roda untuk kegunaan anak-anak memandangkan kerusi roda lama pemberian kenalan telah rosak,” ujar Zainab.

Ibu kepada lima orang anak ini juga berterima kasih atas sumbangan bakul makanan yang sememangnya sangat membantu keluarga mereka pada musim pandemik ini.

“Di samping ini bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat juga sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi dalam menguruskan insan-insan istimewa ini,” katanya.

Pengerusi Kelab Kebudayaan dan Kesukanan Sri Nilam Abdul Jalil Mohd Nazir, yang turut serta berkata dua beradik OKU dan penerima sumbangan bakul makanan merupakan golongan asnaf dan memerlukan.

“Mereka tergolong dalam individu atau keluarga yang terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sebelum ini.
“Sebagai pertubuhan badan bukan kerajaan, kita sangat mengambil berat dengan masalah dan kesulitan masyarakat dan kita sentiasa memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk menyampaikan aduan atau berkongsi masalah dalam menghadapi masa-masa yang sukar ini,” katanya.

Keadaan rumah Atan selepas kebakaran.

Keadaan rumah Atan selepas kebakaran.

Dalam program sama, Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Atan Yunan, 63, yang terkesan kerana kebakaran rumahnya pada Sabtu lalu.

-RI

Tinggalkan komen anda