Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Penerima Luah Rasa Syukur Bantuan Khas COVID-19 Diteruskan

By 8 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Keresahan para penerima tentang status Bantuan Khas COVID-19 (BKC) ekoran peletakan jawatan Perdana Menteri dan seluruh anggota kabinet Perikatan Nasional (PN) 16 Ogos lalu terlerai setelah diteruskan oleh kerajaan baharu yang diterajui oleh Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob.

Peruntukan kerajaan sebanyak RM3.1 billion yang memanfaatkan 10 juta penerima di seluruh negara yang mula dibayar bermula 6 September dijangka selesai pada 10 September ini nyata melegakan banyak pihak yang amat memerlukan bantuan tersebut.

Rata-rata penerima yang ditemui meluahkan rasa terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memahami nasib rakyat yang terkesan ekoran pandemik COVID-19.

Kategori dan tarikh pembayaran bantuan khas COVID-19 (BKC).

Kategori dan tarikh pembayaran bantuan khas COVID-19 (BKC).

Ramli Sidek, penebar roti canai, 56, berkata BKC amat membantu dirinya menampung perbelanjaan seharian keluarganya.

“Bantuan BKC ini amat membantu saya menampung perbelanjaan seharian keluarga kerana saya dapat membeli barangan keperluan harian untuk keluarga seperti makanan, bayar bil dan macam-macam lagi.

Ramli Sidek berkata bantuan BKC ini amat membantu dirinya menampung perbelanjaan seharian keluarga.

Ramli Sidek berkata bantuan BKC ini amat membantu dirinya menampung perbelanjaan seharian keluarga.

“Saya ucap berbanyak terima kasih kepada Perdana Menteri kerana peka dengan keperluan kami dan berharap bantuan ini diteruskan sampai bila-bila,” ujarnya ketika ditemui di premis perniagaan majikannya, di sini semalam.

Ikar Farah Falisa Ahmad Zaik, 25, pembantu kedai juga turut sependapat dengan Ramli.

“Walaupun bayaran BKC ini agak lewat dari jadual asal kerana pertukaran kerajaan tempoh hari, tetapi saya amat bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian BKC masih diteruskan.

Ikar Farah Falisa Ahmad Zaik luah rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana BKC diteruskan.

Ikar Farah Falisa Ahmad Zaik luah rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana BKC diteruskan.

“Wang tersebut akan digunakan untuk membeli keperluan harian dan juga sebagai persediaan persekolahan anak-anak yang bakal dibuka pada bulan Oktober ini,” katanya.

Manakala bagi Amirol Amran, 26, pula berpendapat BKC ini banyak manfaatnya kepada golongan bujang sepertinya.

“Walaupun mempunyai pendapatan tetap, namun wang berkenaan dapat digunakan untuk membantu keluarga di kampung halaman.

Amirol Amran berkata wang BKC dapat digunakan untuk membantu keluarga di kampung halaman.

Amirol Amran berkata wang BKC dapat digunakan untuk membantu keluarga di kampung halaman.

BKC nyata menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membantu para penerima yang terkesan sehingga kini ekoran penularan pandemik tersebut,” ujarnya.

Tinggalkan komen anda