Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Peniaga Kecil Selama Terima Sumbangan

By 11 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Fikri Johari/Nur Afikah Rusly (Larut Matang dan Selama)

SELAMA, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Peniaga kecil di Daerah Selama menerima sumbangan daripada pihak kerajaan negeri sempena program Sepakat Merdeka@Komuniti anjuran Pejabat Penerangan Daerah Larut Matang dan Selama.

Yang Dipertua Majlis Daerah Selama (MDS) Nor Akmal Yang Ghazali, berkata para peniaga kecil yang meniaga di Pasar Awam Selama menerima sumbangan yang telah disediakan oleh kerajaan negeri kepada mereka berikutan pandemik COVID-19 supaya dapat meringankan beban mereka.

“Daerah Selama pada akhir ini baru sahaja bebas daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti komuniti berikutan penyebaran virus tersebut yang dikatakan agak hampir tidak terkawal tapi dengan hasil kerjasama barisan petugas barisan hadapan, ianya dapat dikawal dan kes harian di daerah ini juga semakin menurun.

“Majoriti masyakarat yang tinggal di kawasan sekitar terdiri daripada golongan peniaga dan antara insentif yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri bagi membantu meringankan beban golongan peniaga ini adalah pengecualian bayaran sewa premis selama satu bulan dan bantuan sekali beri sebanyak RM300 kepada para peniaga yang berdaftar di bawah MDS di mana para peniaga yang berdaftar boleh membuat pendaftaran tersebut melalui pautan yang telah disediakan,” katanya yang ditemui di pasar tersebut, di sini baru-baru ini.

Edaran Merdeka Kit diagihkan kepada peniaga-peniaga di Pasar Awam Selama.

Edaran Merdeka Kit diagihkan kepada peniaga-peniaga di Pasar Awam Selama.

Tambahnya, turut diedarkan Merdeka Kit sebanyak 64 set kepada peniaga di Pasar Awam Selama dan merupakan simbolik negara menyambut Hari Kebangsaan yang ke-64 tahun baru-baru ini.

“Walaupun berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19, Jabatan Penerangan Malaysia terus giat menjalankan program sebegini bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia yang akan tiba tak lama lagi.

“Pihak MDS juga mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Larut Matang dan Selama kerana telah memilih Daerah Selama bagi mengadakan program seperti ini,” ujarnya.

~RJ~

Tinggalkan komen anda