Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Petugas Harian PPG Terima Sagu Hati

By 16 September 2021Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Kinta)

IPOH, 16 Sep ( Malaysiaaktif ) – Seramai 110 orang petugas harian tetap Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) Sementara Daerah Kinta bakal menerima saguhati tunai RM200.00 di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Negeri Perak Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin, berkata petugas-petugas yang menerima saguhati tunai tersebut terdiri daripada pekerja pencuci daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sehinggalah petugas harian tetap daripada semua agensi yang terlibat.

“Kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM700,000.00 bagi pengoperasian PPG ini dan jumlah tersebut dibelanjakan menerusi peruntukan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi dan melalui sumbangan MAIPk,” ujarnya ketika berucap sempena Majlis Penutupan PPG Sementara Daerah Kinta, di sini semalam.

Beberapa foto petugas dengan individu gelandangan yang turut dipamerkan di pintu masuk PPG.

Beberapa foto petugas dengan individu gelandangan yang turut dipamerkan di pintu masuk PPG.

Tambahnya, seramai 63 orang gelandangan telah dimasukkan ke PPG sementara tersebut yang berlokasi di Dewan PBSMM Cawangan Negeri Perak bermula dari bulan Jun hingga September.

~RJ~

Tinggalkan komen anda